؛بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ حَمْدًا شَكِرِينَ وَٱلْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَٱصَّلَاةُ وَٱسَّلَامُ عَليٰ رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَليٰ ءالِهِى وَصَحْبِحِى أَجْمَعِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang yang bertaqwa, Solawat dan Salam ke atas Rasul Kami, Nabi Muhammad dan keatas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.
اللَّهُمَّ ٱرْحَمْنِى بِالقُرْءَانِ وَٱجْعَلْهُ لِي إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى
وَرَحْمَةً اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مِنْهُ مَانَسِيتُ وَعَلِّمْنِي مِنْهُ مَاجَهِلْتُ
وَٱرْزُقْنِي تِلَاوَتَهُو آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ وَٱجْعَلْهُ لِى حُجَّةً يَارَبَّ الْعَالَمِينَ؛
Ya Allah, ya Tuhanku, Rahmatilah aku dengan al-Quran dan jadikanlah al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ya Tuhanku, ingatkanlah apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat al-Quran. Ajarkanlah aku daripada al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlan aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikalah al-Quran itu hujah bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat) wahai Tuhan Sekalian Alam.
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَا يَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَا دِي
وَٱجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَٱجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لِي مِن كُلِّ شَرٍّ؛
Ya Allah, Ya Tuhanku, perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirehat bagiku daripada segala kejahatan.
اللَّهُمَّ ٱجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَأيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ فِيهِ؛
Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku iaitu hari bertemu dengan-Mu.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِيشَةً هَنِيَّةً وَمِيتَةً سَوِيَّةً وَمَرَدًّا غَيْرَ مُخْزٍ وَلَا فَاضِحٍ؛
Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَسْأَلَهُ وَخَيْرَ الدُّعَاءِ وَخخَيْرَ النَّجَاحِ وَخَيْرَ الْعِلْمِ وَخَيْرَ الْعَمَلِ وَخَيْرَ الثَّوَابِ وَخَيْرَ الْحَيَاةِ وَخَيْرَ المَمَاتِ وَثَبِّتْنِي وَثَقِّلْ مَوَازِينِي وَحَقِّقْ إِيمَانِي وَرْفَعْ دَرَجَتِي وَتَقَبَّلْ صَلَاتِي وَٱغْفِرْ جَطِيئَاتِي وَأَسْأَلُكَ الْعُلَا مِنَ الْجَنَّةِ ؛
Ya Allah, Ya Tuhanku, Aku memohon kepadaMu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah (kakiku atas Sirat-Mu) serta beratkanlam timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan ku dan aku memohon kepadaMu tempat tertinggi dari syurgaMu.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَا ئِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلَامَتَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ وَالْغَنِيمَةَ مِن كُلِّ بِرٍّ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالْنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ ؛
Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu apa-apa yang mewajibkan rahmatMu, juga apa-apa yang memastikan keampunanMu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الأُمُور كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ ؛
Ya Allah, Ya Tuhanku, perbaikilah akibat bagi setiap urusan kami. Hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.
اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَتَحُولُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ وَ مِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهَا جَنَّتَكَ وَ مِنَ الْيَقِينَ مَاتُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَاا مَا أَحْيَيْتَنَا وَٱجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا وَٱجْعَلْهُ ثَأْرَنَ عَليٰ مَنْ ظَلَمَنَا وَٱنْصُرْنَا عَليٰ مَنْ عَادَانَا وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَرْحَمُنَا ؛
Ya Allah, Ya Tuhanku, Kurniakanlah kami rasa takut kepadaMu yang dengannya dapat menghalang kami dari berlaku maksiat kepadaMu, kurniakanlah kami ketaatan kepadaMu yang dapat menyampaikan kami dengannya ke syurgaMu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami dapat menikmati pendengaran-pendengaran kami, penglihatan-penglihatan kami, kekuatan-kekuatan kami selama Engkau masih menghidupkan kami, dan jadikanlah semua itu warisan daripada kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami. Bantulah kami menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula dijadikannya nilaian pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.
اللَّهُمَّ لَا تَدَعْلَنَا ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلَا دَيْنًا إِلَّا قَضَيْتَهُ وَلَاحَاجَةً مِنْ حَوَا ئِجِ الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ إِلَّا قَضَيْتتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ؛
Ya Allah, Ya Tuhanku, janganlah Engkai biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampuninya, tiada sebarang kebuntuan melainkan Engkau lapangkannya, tidak juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan yang Maha Penyayang antara yang penyayang.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Whai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.
وَصَلَّي اللَّهُ عَليٰ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَليٰ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ وَسَلَّمَ تَسْلِيمًا كَثِيرًا؛
Selawat Allah dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi kita Muhammad dan keatas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.